Pau & Dim Sam - Pelbagai jenis hidangan kecil yang berasal dan digemari oleh orang-orang Cantonese. Biasanya dihidangkan semasa sarapan dan makan tengah hari.
Beraneka jenis rasa dan hidangan.
Kuih Muih yang berasal dari China, Indonesia, Singapore dan daripada kalangan kaum kaum tempatan kita.
Nasi Aaym Hainan. Nasi Ayam Goreng dihidangkan dengan nasi harum wangi, sos kicap dan sos lada yang istimewa dan membuka selera.
Hidangan Tom Yam yang disediakan khas dengan rempah buatan Alice's sendiri. Ini menghasilkan simfoni rasa dalam setiap suapan. Boleh disediakan sebagai hidangan utama atau menggandingkannya dengan nasi putih kukus, mee atau meehoon. Tahap pedas boleh disesuaikan mengikut citarasa anda.
Wantan lembut yang diisi dengan kombinasi rasa ayam dan kesegaran sayur. Nikmati hidangan ringan ini sebagai pembuka selera yang sempurna atau hidangan sampingan untuk makanan utama anda.
Dibuka sejak tahun 1989, puan Hajah Alice, dengan rendah hati, bermula lah perjalanan hidup sebagai seorang restaurateur, pembantu dapur, tukang masak dan pelayan, sambil mengajar staf beliau dengan penuh dedikasi.
(nota: masa tu tidak cukup staf dan mesin, terpaksa lah buat semuanya. :))
Sebelum ini, beliau hanya lah seorang ibu, demi anak anak nya yang gemar makan, sanggup merantau dan belajar resepi dan masakan daripada sesiapa sahaja yang sudih mengajarnya, termasuklah mendaftar diri untuk kursus kursus masakan dan penghasilan cake.
Dengan cara ini, beliau dapat menjamin bahawa makanan yang dihidangkan kepada keluarga adalah sihat, sedap dan dijamin halal.
Tempat tempat yang pernah beliau lawati antaranya adalah Indonesia, Singapura, Australia, U.K, China, Filipina dan Vietnam
Resepi Alice's adalah hasil daripada pengalaman "hidup" Puan Hajah Alice dengan bantuan dan dorongan ahli keluarga, kawan kawan dan ramai lagi.
(baca kisah pengalaman "hidup Hajah Alice di sini)
Alice's percaya bahawa di sebalik kehidupan akan sentiasa ada pahit dan manis nya, pasang dan surut nya. Dengan izin Allah, menikmati makanan yang "nyaman" akan dapat menambah ketenangan emosi (walau sementara), terutamanya apabila ditemani ahli keluarga dan teman-teman.
Oleh itu, Alice's sentiasa berusaha untuk menghidangkan makanan yang konsistent dari segi rasa dan kualiti disamping menyediakan suasana yang selesa dan "menyelerakan" :)
Please Call or WhatsApp us
Block B, Lot 7, Ground Floor,
Bandar Kim Fung, Mile 4, Sandakan
Sabah, MALAYSIA
Mon-Thu: 6:30 AM - 3:30 PM
Fri: (Close)
Sat-Sun: 6:30 AM - 3:30 PM